Mohd Zahari Bin Mohd Aini,
Jabatan Kecemasan Dan Trauma,
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
Jalan Maran,
28000 Temerloh,
Setiausaha Peperiksaan KPP Seremban,
Melalui:
Pengarah,
Kolej Pembantu Perubatan Seremban,
Jalan Rasah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 4 DISEMBER 2008.
Tuan,
Memohon Pengeluaran Penyata / Transkrip Keputusan Peperiksaan
Sebagaimana perkara di atas. Saya merupakan bekas pelatih KPPS yang kini berkhidmat sebagai penolong pegawai perubatan U29. Oleh yang demikian, saya ingin memohon agar pihak tuan dapat mengeluarkan penyata / transkrip keputusan peperiksaan.
2. Tujuan penyata / transkrip keputusan peperiksaan ini, amat penting bagi saya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
3. Berikut adalah maklumat untuk makluman tuan:
Nama : Mohd Zahari Bin Mohd Aini
No.K/P : 810914 – 04 – 5091
Tahun Pengajian : Januari 2004 – Disember 2006
Kumpulan : 64
No Matrik : BPP 2004 / 53951
4. Diharapkan pihak tuan dapat mencetak transkrip keputusan peperiksaan dari semester satu hingga semester enam. Segala kerjasama yang dihulurkan. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.
Yang Benar,
---------------------------------------------
(MOHD ZAHARI BIN MOHD AINI)